Showing posts with label Luxor. Show all posts
Showing posts with label Luxor. Show all posts

Thursday, January 21, 2010

Multi Level(2) Muthafaking!!

Kisah 2

Sebenarnya ia berlaku selang 3 tahun dari kisah 1 (bukan 4, kisah 1 pada 2005, kisah 2 pada 2008)
Hahaha!! Yer, aku tersilap hari tu...

Masa tu aku baru je setahun graduate, course aku cuma 3 tahun jer, so, 2007 dah grad. Tapi, after grad aku buat RA-ship dekat universiti yang sama selama lebih kurang setahun...

So, ada la seorang member nie, budak engin, engineer punya course adalah 4 tahun (normal), so, masa aku tgh buat RA-ship tu, dia masih lagi undergrad... dan dengar cerita dari dia sendiri, dia mungkin extend, menjadikan tempoh 4 tahun tu bertambah lagi...

Masa mula-mula aku buat RA-ship tu, aku still tinggal dalam kolej kediaman masa aku still undergrad dulu, dengan menggunakan link yang aku ada berbekalkan kepada 'jasa' yang pernah aku berikan kepada kolej aku dulu (huhuhu... sebab tu la berkhidmat untuk kolej kediaman nie, ada baiknya jugak, dan pastikan korang ada at least sorang orang kuat pentadbiran kolej sbg kenalan, kui3...). Tapi sepanjang tempoh itu, disebabkan jadual RA memang xsama dengan jadual student, lebih-lebih lagi fakulti yang berlainan, so, aku dengan member aku tu, bukan la boleh dikira sebagai rapat sangat pun, jarang jumpa...

Lagipun circle friends aku kat kolej kediaman kebanyakannya dari budak-budak Kelantan jugak... bukan apa sebenarnya, memandangkan dekat fakulti aku sangat jarang adanya student lelaki dari Kelantan (course aku lagi la, aku sorang jer...), dan kawan2 aku selain dari College-mate dan Coursemate adalah budak2 Taekwondo, yang juga sedikit bilangan budak Kelantannya, maka kat kolej kediaman la tempat untuk aku bergaul dengan budak2 Kelantan utk mengingatkan aku tentang asal-usul sendiri (dan lepas gian cakap Kelantan) selama aku duduk merantau tu...

Pun bagaimanawalau, disebabkan kami pernah bekerjasama dalam salah satu kelab milik kolej kami, maka kami dikira sebagai kenalan yang lama jugak lah sepanjang tahun pengajian Universiti kami...

Ceritanya bermula apabila aku ambik keputusan untuk ikut fellow ex-coursemate aku yang jgk sedang buat RA-ship or Master degree, untuk tinggal luar dari kawasan (dan pentadbiran) universiti. Bila duduk luar ni, lagi jarang la boleh jumpa budak2 ex-kolej kediaman kan...

Then, satu hari tu, kami terserempak, chit-chat lebih kurang, kami apdet la nombor phone masing2, since aku dh tukar no lama kepada no Universiti-pax Celcom time tu (untung woo, ada expired date 2011, sapa xsuka?? Tapi no tu dah ilang, tp tu cerita lain la...). Then, xlama lepas tu, dia kontek la aku, saje catch up, katanya... aku memang xberapa nak excited sangat, pasal jantan... kalo gadis, aku on jer, huargh huargh huargh!!

Then, pernah la dia cuba ajak aku keluar beberapa kali. "Ada benda yang aku nak tunjuk kat ko" katanya. Tapi, since aku duduk luar tu, aktiviti luar kelas/pejabat/lab aku semakin bertambah, susah la aku nak luangkan masa bg komitmen kt dia kan, lagipon ape kes nak bersusah payah untuk date ngan jantan??

Time aku buat RA-ship tu, aku still follow training Taekwondo lagi, so Isnin dgn Jumaat malam, aku fully book, kadang2 Rabu jgk... lagipun biasanya Rabu aku dan geng2 rumah sewa gi main futsal malamnya, tapi member aku ni, nak jugak jumpa aku sama ada malam selasa atau rabu...

So, aku cakap, Selasa orait kot... tapi aku bukannyer jenis suka sangat keluar2 kalau orang xajak, so aku cakap dia, pick up le aku kt rumah sewa, harap aku nk pinjam kereta, memang aku malas, kena pulak kerta nie penting sbg pengangkutan awam budak2 rumah sewa aku gi makan kedai secara berjemaah... Motor berlambak, tapi aku pulak xpandai bawak...buargh harhar!!

So, first trial, dia gagal ajak aku keluar, pasal aku ada hal... second trial mengambil masa seminggu jugak, kawan lama punya pasal, aku kosongkan jadual aku, yang sendiri carik pasal bg penuh tu...

Atas fikiran naif aku time tu, kalo member ajak keluar, nak catch up cerita2 lama, mesti lar buat kt kedai makan, kan?? mesti pergi makan dulu ke, apa kan?? takkan nak gi taman bunga tasik celaka plak nak bercerita....kalah orang berkapel kalu gitu...huhu

So, (yer, sekali lagi!!) aku pergi la dengan perut kosong... Selama duduk rumah sewa tu pun, banyak berharap pada kawan2 bila time nak pergi makan, aku memang xdak trenspot sendiri lagi... Kalo budak2 ni pakat malas nak kluar, kitorang sapu nasik lemak brader depan surau jual, best jgk la... ayam die selalu panas2 lagi... huhu

Then, member aku datang, bawak motor dia, atas motor tu, dia tanya r aku, berapa aku dapat buat RA tu... time ni aku xsyak apa2 lagi... aku cerita la dengan reluctantnya pasal bayaran seorang RA... bukan apa, aku malas nak crita sebab supervisor aku time tu, bagi gaji xikut scheme yg betul2 standard, kira gaji aku sangat2 la rendah dari orang lain yang ada ijazah...huhu

Nasib baik aku bukan mata duitan...kui3

Then dia bawak aku masuk kampus... aku dalam ati, "Apahal? xkan nak belanja makan kt cafe kolej mana-mana kot? At least gi la mamak, bleh layan bola ke, ape sambil-sambil..." Tapi, aku tetap layankan jer... motor dia la katakan, takkan aku pulak nak lebih2 kan?? huhu

Pastu, terus aku syak wasangka, "Eh? dia masuk fakulti pulak??" (Tapi bukan fakulti engineering dia ataupun fakulti aku, fakulti neutral, hehheh "D)

At first, dia cakap, ada something nak bg aku dengar. Dia cakap, sebaga seorang student Melayu Islam, kita patut dengar... Insaf jer aku dengar dia cakap cenggitu... so aku orait jer, walaupun perut lapar kan... sebab aku memang open, alah... setakat nak dengar ceramah2 motivasi or agama tu, no hal lar... mana baik dijadikan teladan, mana buruk dijadikan sempadan, ye tak?? aku xrugi apa2... tu lar yang aku pikir...

Then, kitorang masuk ler kat satu classroom nie (bukan dewan pasal kecik), takder orang lagi, tapi dia suruh aku duduk dulu, lepak2... pastu, by skipping all the small details, datang lar sekumpulan lagi orang join kitorg dalam tu... semua gadis2 muka freshie... dalam hati aku,"Ini sudah baik..." huhu

Ada lar jugak 2-3 org lelaki yg lain, ada gaya2 Islamiah kontemporari jugak lar... (bukan style tabligh la tapi, xder la jubah2, biasa2 saje, slack and t-shirt, aku? masih lagi berselipar, tshirt U, dan track suit, kui3... memang xdak taste!!)

So then, cerita xberapa panjang dipendekkan lagi, masuk le seorag Ustaz ke classroom kitorang tu. Serius, smua yang pompuan memang stok2 naqibah lar dari segi pemakaian, xder sorang pun pakai T-shirt, baby-T jauh sekali, semua bertudung ayu kalau xbertudung labuh pun... (at the end of the ceramah, baru tahu rupanya diorang bukan Junior U aku tapi U berdekatan, yang memang biasanya ada collaboration ngn U aku, U diorang ade ciri2 keIslaman sdikit, dan kod pakaian diorg jugak lebih formal, xmacam U aku...)

Tapi, xpayah la aku cerita lagi ceramah tu pasal apa la kan?? Starting dia memang penuh dengan peringatan2 agama, which is good... then mula masuk bab menyimpan, membazir amalan syaitan, sedikit kira-kira tambah duit dalam pelaburan yang dia tgh cerita kt kitorang tu... Dalam ati aku agak sangsi, "MLM kah ini??" bukan apa dari tadi cerita pasal pelaburan, macam mana pembahagian keuntungan dibahagikan, selit unsur dakwah dan sebagainya... bukti kehebatan dan kesahihan company dia dsb, TAPI, haram jadah xcerita pasal product!!

Bagi aku la, selain ko melabur dalam amanah saham, bisness lain mesti ada product, be it services or goods! Mesti ada product, baru boleh jual...bila jual barang, baru ada bisness/perniagaan/urus-niaga... tu lar logik akal aku, dan apa yang aku paham sikit2 dari kelas ekonomi Kemahiran Hidup Menengah Rendah dulu...

Tapi yang ni xcerita pasal produk pon! Cuma cerita pasal company, kiraan keuntungan pelaburan, dan apa yang dia dah dapat (tipikal lar kan, yang nie...). Cerita pasal bonus, kereta semua memang ada la... Then time soal jawab, aku nak jer tanya apakebenda yang dijualkan oleh kompeni ni? (btw, dia berulang kali cakap yg ni bkn MLM dan xder direct selling...), tapi, since aku tahu, aku memang xnak masuk, so, aku biar jer la soklan tu dalam palotak aku...

Tapi, hujung2 ceramah tu, baru ler dia reveal produk2 dia! Bagus gak produk2 dia, bagus untuk kegunaan sendiri, dan terbukti berkesan terhadap banyak aspek kehidupan termasuk ekonomi dan kesihatan secara saintifik! Katanya teknologi Jerman kalau aku xsilap...

Kalau korang rajin atau pernah dengar, dia anak syarikat company mega anak Malaysia, tp berpusat di Qatar ke kalau xsilap... Qi-Meritus kalau xsilap... Siapa yang biasa dengan Formula 1 akan biasa dengan company nie... walaupon aku minat Ferarri tp Schemeichel jer yang aku kenal, kuang3...

Tapi, heh heh... seperti biasa produk die paling murah pun mencecah RM2000, dan sekitar la... untuk satu produk!! Kalo Luxor, RM 2000 utk satu set produk, yang ni, satu produk jer!! huhu...

Terus ilang angan2 nak angkat Ferarri aku... mana nak cekau? Lagi nak carik downline, lagik nak carik downlinne utk downline aku, xdikira lagi nak carik modal utk downline aku... dah la kalo aku join, automatik aku duk bawah member aku tadi... taktik keji! Apsal die xleh duduk bawah aku plak?? Kan ke kalo camtu baru namanye ikhlas nak tolong?? huhu...

Sebenarnye, bukan lar aku xnampak jalan langsung, dan aku rasa aku boleh yakini sorang dua bebudak umah sewa aku tu, I mean, it's a good business by principle... kalo korang xnak melabur pun, beli jer produk tu, bagus giler produk tu aku dengar, hua hua hua!!

Lagipun ada gak sorang member ni selalu risau pasal duit (w/pon gaya hidup dia memang bkn jenis yg risaukan duit, kui3...), kalo aku ayat die baik skit, mgkin dapat kot... tapi bila memikirkan yang kitorang nie smuanye graduate sains yg sgt skeptikal walaupun terhadap sains yang kami pelajari sendiri, maka aku amat yakin yang diorang pun akan skeptik jugak, huhu... lagipun, kalo dah memang xder duit, xkan ada modal nak join kot??

Dalam ceramah ari tu, 'so-called' ustaz tu cakap, bukan susah nak cari seorang jer downline paling kurang..."Toksah la mengaku anda ni manusia kalau xder seorang pun yg percayakan anda dalam hidup nie.." kata beliau... Aku rasa aku ni bukanla jenis yg xdipercayai orang langsung, buktinya, banyak jugak orang dedah rahsia dan masalah diorg kat aku tanpa langsung aku mintak pun... tapi, aku xtergamak 'menipu' orang yang put faith in me terhadap benda yang aku sendiri pun xberapa nak percaya either it can work out or not... so I keep to myself je lar buat masa tu...

Lagipun,nak harapkan member aku tu bagi penerangan? Aku lebih meyakinkan dari dia, huhu (w/pon xpernah nak join parti politik kampus ke, ape ke...). Tapi, Ustaz tu sendiri yang cakap, jangan pergi cerita kat org lain pasal benda ni kalau xterlatih macam dia... so, kalo nak ajak orang lain kena jumpa dia... sorry! Terlalu leceh buat aku... mana nak buat appointment dgn dia lagi, mana nak ajak orang lagi... Orang lain plak sumer ade overtime atau dating malam2... diorang xpernah kacau aktiviti luar aku, xkan aku nak kacau aktiviti luaran diorang kan?? Dah cukup la aku kacau ketenteraman hidup diorang dalam rumah tu dgn sing along lagu2 punk rock dalam mp3 aku dengan suara 'emas' aku nie... (kuang kuang kuang...)

Lalu, seperti jugak Luxor, aku cakap kat member aku, "I'll think about it first la...", tapi sampai sekarang aku xjoin benda tu, huhu...

But, you might said that was the once who get away... pasal aku tengok dalam paper, Qi-Meritus tu memang betlul2 glamer dalam Bizz world, member aku tu plak selalu jer mesej2 aku pasal kehebatan 'Bio disc', iaitu produk yg di'iklan'kan dalam ceramah tersebut... Pergh, meleleh air liur beb dengar kehebatan teknologi Jerman tersebut! Boleh menjimatkan penggunaan petrol, dengan memaksimumkan jumlah petrol semasa isi minyak, dan juga memaksimumkan pembakaran atom petroleum semasa dalam tangki minyak! Wolahwey!!

Tapi, aku xdak trenspot... huhu
Kalo benda tu boleh memaksimumkan top up kredit henset ke, ok jgk aku nk sambar utk harga RM2000 tu...
Menghilangkan masalah kebuluran aku ker...

Then, aku biarkan je lah ia berlalu... xlama kemudian pun, aku tamatkan kontrak RA aku, balik Kelantan, tanam cendawan, kuang3... xlama lepas aku bekerja balik, no phone lama hilang, so, sekali dengan nombor dia sekali hilang la... xdak rezeki kata orang (agaknye...)

Tapi, sakng, bila duit dalam akaun dah lebih RM2000, xdak plak orang nak iklankan MLM kat aku ek?? Aku tengok adik aku jual AVON lagi bagus kot... tp bukan die jgk yang buat, mak aku yang bawak ofis dia jual...huhu

So, berakhirlah jodoh aku dengan MLM dalam keadaan berlapar... (member aku nak ajak gi makan, tapi aku xdak mood dah, nak balik tengok bola!)

Selang xberapa lama, aku ternampak 'Bio Disc' kat rumah sewa aku... sorang member, engineer (senior la kiranya, pasal dia dah grad) yang beli... dia join kot benda tu?? Tapi ok kot, pasal gaji die masyuk...hoho

T/t: Untuk siri ke-3, aku akan bagi cadangan aku untuk para MLMers untuk menarik lebih ramai orang miskin (spt student yg dapat pinjaman PTPTipu separuh) utk join skim diorang... Ketiadaan cadangaan sebegini dalam kedua-dua pengalaman aku dgn ceramah MLM sebelum ni yg menjadi faktor utama aku xjoin sbenarnye... huhu

Monday, January 18, 2010

Multi Level Muthafaking!!

Inspirasi dari sini menyebabkan aku menulis perkara ini...

Sangat sakit hati dan sakit perut, itu sajer yang boleh disimpulkan...

Kalau berlaku sekali jer, xper lagi, tapi 2 kali beb!! (dalam jarak 4 tahun la... harhar!!)

MLM!

Due to all respect for freedom of having our own opinions, MLM promotion memang sucks bagi aku!!

Lebih-lebih lagi apabila ditipu dalam kedua-dua proses sebelum aku di'kena'kan oleh orang yg bawak aku ke tempat diorang...

Kisah 1:

Berlaku pada 2005, dalam tahun pertama di universiti... hujung sem dah, nak naik tahun ke-2 dah time tu...

Dalam dekat ujung2 tahun, dah abis banyak paper dah time tu, pastu ada ler lag time utk hujung minggu, pada satu malam tu, ader la mamat senior ni, datang bilik aku, borak-borak ngan room-mate aku time tu... Walaupun hubungan aku ngan room-mate aku time tu agak baik, tapi kami berlainan fakulti dan jadual, menyebabkan aku jarang berjumpa ngn dia di luar waktu tidur, dan hujung minggu pun, disebabkan cycle kawan2 yang berlainan, kami memang jarang hang-out sama-sama... lagipon kawan2 die ada 'Life', aku xdak.... huhu

So, satu hari tu, bila si senior ni datang bilik aku, for the first night, aku xlayan sgt, aku ingat kan die punya course's senior ke, ape ke, kan...

Seperti biasa, aku keluar pergi dinner time2 cenggitu (9pm lebih kurang), memandangkan I'm leading a good healthy life-style (ceh...), petang2 aku memang pergi jogging, kecuali time hari hujan atau time exam petang, so aku memang lapar giler la time2 cenggitu...

So, for the next day-nyer, mamat tu datang lagi... memandangkan aku selalu gi stadi (baca: borak2 kosong) grup kat bilik member aku yg satu faks(fakulti), memang pas makan aku xbalik bilik sampai lewat malam, ataupun terus tido bilik member jer... tapi aku memang jenis yang xkan stay-up kalo malam tu bukan malam exam! So, aku xtahu lar ape tujuan mamat tu datang jumpa room-mate aku malam sebelumnye, tapi malam tu, roommate aku kata, die nak ajak pergi makan malam kat luar malam tu...

Therefore, pada pandangan aku, "die nak belanjer kot? Ok gak makan kt luar sekali-sekala, boring gak asyik makan cafe kolej..." (aku xdak transport sendiri time kat U), so aku setuju je lar, walaupun die kata pukul 10.30 baru nak gerak, aku pun OK kan ajer la... (seperti ditulis di atas, aku biasa makan dalam 9-9.30, buffer waktu cafe masak order aku... so, nk tunggu satu jam lewat dari waktu biasa, memang seksa gak, lebih2 lagi ko memang dah lapar hasil 'gaya hidup sihat' tadi...)

Walaupun agak seksa, tapi aku tetap gi lepak bilik member2 faks aku, sambil konon2 studi dan mntak tips soklan exam (sebab setengah2 budak ada yg dah ambik certain subject yg aku tgh ambik utk sem tu...), even bila diorg ajak gi makan pun, terpaksa aku tolak, sebab dah janji dgn mamat tadi, dalam kepala duk ingat room-mate aku tu mungkin kenal rapat ngn mamat tu...

Sekali dah pukul 10.30, aku balik la bilik, tengok diorang tgh tunggu lagi 2,3 orang yang akan join, semua senior la, 2nd and 3rd year... Disebabkan aku ingat nk pergi mamak yg dalam area2 U aku tu jer, so, demi memenuhi gaya hidup 'sihat dan simple' yg aku amalkan, aku pakai t-shirt, seluar track (attire biasa nk tido), dan selipar jer...

Sebelum gerak ke mamak, dia tanya aku, "biasa stay-up x" aku kata, "ok jer, sampai kul 12-2am, apsal?" bleh plak die kata,"Eh, kul 12am tu awal sangat lagi..." aku gelak jer lah... aku bukan biasa keluar lewat2 giler camtu... time tu aku bukan kaki tengok bola lewat2 lagi, kalo tengok pun, jenis game yg start pukul 9-10.30 jer... lagpun aku ade schedule training (Taekwondo) mana bleh suka-suka ati jer nk tido lewat... naseb baik esok tu Ahad kalau xsilap, dan training pun dah dismiss pasal exam's season, so aku pikir, WTH, ikut jer la... perut dah lapar...

To my surprise, die kate nak ke satu tempat dulu sebelum makan, "Kita gi uptown dulu..."

As a budak kampung lagi time tu, apekebenda uptown dgn downtown pon blom tau... 'Uptown Girl' nyanyian WestLife tu aku tau ler... selalu keluar TV... Aku bajet, die nk masuk bandar kejap, ambik member2 die, yg mungkin nak gi makan sekali... (How dumb I am at that time...)

Then I realized how long the journey had been... serius, walaupun dah Blackbelt Taekwondo pun xleh halang aku rasa takut sdikit pada nasib aku dan room-mate aku... dalam ati duk pikir, worst come to worst, jangan teragak-agak buat keluar semua ilmu di dada (walaupun cuma berselipar dan perut lapar...)! Lebih-lebih lagi bile room-mate aku tu ade bgtau aku yang dia xkenal sangat pun brader tu, sebelum ktorg keluar tadi... aku dah rase semacam...

Cerita panjang dipendekkan, sampailar kita kt satu tempat... Bangunan yg entah ceruk mana, terpampang jelas "Menara Luxor"! At that time, aku hape pon xtahu ape ke benda Luxor tu?? "Nampak cam mewah jer... makan hotel ker?? Sh*t, aku pakai seluar track ngn selipar jer..." bisik ati kecik aku...

Masuk jer dalam bangunan tu, jumpa lar ramai orang yg berpakaian kemas2, asap rokok berkepul2 (memang rimas, since aku ngn room-mate aku memang bukan perokok...), dalam ati takut jugak... adekah aku bakal diperkenalkan dengan parti liar? (Excited pun ade jgk sebenarnye skit2. cuma attire aku la yg buat aku rase cam spoil skit... kalo yer pon, bgtau la nak gi makan kt tempat best2, bleh aku 'tacap' mana2 yg patut skit2, ye x??)

Tapi, dalam ati memang agak cuak... yer la, aku budak kampung, xder la alim sangat, tapi xberani jgk lar ngn gaya hidup hedonisme, berparti dan clubbing2 nie... xyakin dgn tahap keimanan sendiri la katakan... time tu terpikir, sempat lagi kot nak lari... tapi kesian plak aku nak tinggalkan room-mate aku sorang2, lagipun, aku nk lari ke mana? Aku memang xfamiliar ngn tempat tu, let alone kt luar tu gelap... byk plak brader2 yg 2,3 kali size aku... mana larat nak taekwondo sorang2 dalam keadaan lapar nih?? huhu... :D

so, aku zass... layankan ajer... bila masuk dalam dewan salah satu tingkat bangunan tersebut, aku tgk ramai giler org dari pelbagai peringkat umur dan kelas masyarakat ada kt dalam tu... sekilas aku terfikir,"Abis lar... kena jual kt indon la aku pas nie... xsempat nk grad lagi... TT"

Takder kerusi, so duduk lar atas lantai, cam budak sekolah... room-mate aku pun sama, at least die pakai smart r jugak, so kalo nk buat party pon, aku rase die ok kot...

Dan-dan, bermula lar sesi ceramah diorg... time aku matriks dulu, ade gak ramai bdk2 terlibat dgn CNI, tp aku sendiri xpernah ikut bdk2 CNI tu, sama ada ceramah produk diorg ataupun yg ke HQ2 CNI, lagi jauh la aku nk folo...

First2, serius, aku ingat nie ceramah cult apa plak nie?? Freemasonary kah?? (walhal aku time tu, Freemason tu apa pon aku xtahu, huhu...)

Lama giler, baru lar die masuk point die (cam entry aku kali ni jugak lar...), rupa-rupanya crita pasal MLM daaa.... awal-awal cerita kan bagus?

Yang buat aku sangsi pada awal-awalnye ialah, xder orang cerita pasal produk... setahu aku CNI pun based on product... pernah jgk merasa Tongkat Ali CNI... ok la jgk! Tapi, kejadah yg Luxor nie jual?? Duk crita downline, upline, beli rumah, kereta, tolong famili...last-last nyanyi lagu Too Phat, "Alhamdulillah" (terkinja-kinja nyanyi lagu tu sambil syok sendiri suara diorang best, tu jer satu2nya time ada suasana party skit sepanjang malam tu... makanan pon takdak disediakan...)

Ok, aku bukan apa... bukan nak kutuk sangat MLM atau pun Luxor tu... diorg dapat rezeki dari situ, good for you lah... brader tu pun, mungkin niat die baik... ade dia cakap pasal nak tolong famili dia, ayah dia sakit dan perlu duit utk operate, etc,etc...

Tapi, sorry lar kalo aku xleh konsentret ataupun bagi minat kat apa yg diorang cakap time tu...

First, aku sangsi ngn diorg... apekejadah buat perhimpunan cam nk buat gigs black metal ke ape, tengah2 malam buta? Ada yg datang dari Kelantan, Perlis dan Johor, satu kampung naik bas datang uptown, semata-mata nak dengar benda-benda nie?? Sebelum ni ade jugak aku ikut mak aku ke product launch salah satu syarikat MLM (yg aku rasa sah kot...) kat Kelantan, tp time tu semua benda cam boleh diyakini, buat kat hotel awam, tengah hari, ada penerangan product, takder disentuh sgt pasal down-up line nie, dan ada makan2 ringan... Ni, aku tengok cam perhimpunan ntahapeape jer aku tengok... cam nak wat giggs pon ade, tapi apa jadah pakcik-makcik tua bangka buat dekat gigs blackmetal?? (walaupun hakikatye, aku sdiri pon xpernah pegi mana2 gigs pon sepanjang hidup aku, hinggalah sekarang, so, basically, aku tak tahu topografi umur org yg gi giggs, umur Ryan Giggs 36 tahun, aku tahu ler, huhu...)

Makan2 pon xder, dah tu cam xder atur cara jer... bbolog sungguh!

Second, seperti yang aku cakap, aku xbiasa stay up! Untuk stadi atau tengok bola pon tidak, apetah lagi utk benda yg aku xfaham langsung?? of course la aku tersengguk2 time tu...

third dan yang paling penting, AKU LAPAR LA BONGOK!! dah lar ajak aku keluar makan, lewat dari waktu yang biasa aku makan!! Dah tu, kalo korang nak tahu, abis benda haram tu, pukul 5 pagi baru dapat makan!! Nasib baik ko belanja, kalo x, sia-sia jer dapat cop kaki aku kt muka!! (dan satu lagi, pasal kereta tu dia yg bawak...)

Serius, cerita berapi... orang mengantuk, perut kosong, mana bleh cerna smua benda mengarut tu?? Dah tu crita pasal agama, bangsa, tolong orang melayu, tolong orang Islam, tolong keluarga... pas makan tu, cerita lagi pasal skim diorg lagi... demi sesuap nasik, aku dgn roommate aku tu meng'ia'kan aje kejadah yg diorg crite tu... malas nak layan lebih2... dah tu, crita-crita, terlepas subuh! Byk lar ko punya nk tolong Melayu-Islam!!

Atas kereta tu, dia bantai lagi cerita, cerita pasal ayah dia sakit dsb... aku mula2 tu, cam hampir terpengaruh jgk (agaknya memang taktik diorg bwk aku time aku lapar kot??) Dah isi borang dah sebenarnye.. tp kejadah mntak downpayment RM2000?? Sedarkah diorg yang aku nie student?? Sedarkah diorg yg time tu akhir sem?? Sedarkah diorg yang aku dapat PTPTipu separuh jer, yg kebanyakkannya digunakan utk byr yuran sem aku?? (aku dpt RM 1,500 per sem, masuk memang lewat dekat sebulan dua, yuran jer dah dalam rm900-1000+ per sem... serius, aku xdak gadget canggih2, trensport ataupun PC selama duk belajar... third year 2nd sem baru mak aku bagi aku laptop, pinjam duit koperasi kompeni die, tu pun pas aku cakap kesusahan nak wat tesis tanpa komputer sendiri..huhu)

Mana nak cekau RM2000... dan kepala otak die nak suruh aku pinjam duit skit2 dari ramai2 orang... bukannya confirm aku bleh dapat downline pon... kalo xmenjadi, mana aku nak bayar hutang kawan2 aku?? Nak aku putus kawan dengan seramai2 orang?? Gua xgila dan terdesak, beb...

So, pas balik pagi tu, aku cakap kat room-mate aku, "Aku ingat ko kenal brader tu betul2..."
"Tak, aku kenal pun sebab ari tu, balik exam, aku naik tangga (belakang bukit, kolej kediaman aku atas bukit...) dengan dia..." kata room-mate aku tu!

Celaka!

T/t: Brader tu 'harass' aku smpai abis sem tu... room-mate aku balik kampung awal pasal exam abis awal, aku plak, ade paper sampai la 3 hari sebelum final day exam (kalo xsilap lar, tp lebih kurang la...). Naik sem baru, aku tukar no phone, so, dia pon xleh nak kacau lebih2 lagi...huhu

T/t/t: akhir sem tu, aku ikut Kelab Taekwondo gi 'bercuti' kt Genting! hehheheh... ade plak duit, aku ni kan?? huhu..

T/t/t/t: Kisah 2 aku sambung lain kali... tapi nie lar quote Luxor yg aku ingat sampai sekarang : "Money is not everything, but everything needs Money", tapi beb, "I don't need everything, so I'm not desperate for money..." Hutang PTPTipu pun xabis bayar lagi, selamba jerk...