Friday, June 29, 2012

Does It Need a Title?

Art is not for the current generation to indulged, it's for the next generation to bemused...


If it is for the current generation to indulged, we call it pop!



T/t: I don't even know how it related to the clip's below, maybe it doesn't, however, enjoy it...


Source: http://mikeshinoda.com/



Friday, June 22, 2012

Trashtalk II

It's getting harder to write in here. The thing is I always either come in short with ideas or short on time. To tell you the truth, I always thinking of something to be shared here, sometimes spontaneous but most of the time composed, but then I realized I couldn't really put an end of it. I'm lacking a good finishing and sometimes just couldn't find any conclusion at all. Therefore I risk to end my every post in the hanging.



Just like this post!

Wednesday, June 13, 2012

Environmentalist vs Geneticist

I always impress, almost amazed on how the environmentalist always wanted and asked us to protect the environment for the future generation. Actually, where did they got their confident that this thing can really be done. But I guess, the bigger question would be, is it really matter??

As a geneticist graduated (at least), I believe that humankind will evolve and somehow adapt with whatever the environmental changes and challenges, even though the challenge is something human being exposed on to themselves! They should rises above the occasion and hardness to claim the right to be the ultimate being on earth.

And if we can't do that, then we're simply doesn't deserve the world anymore and should become extinct for failing to do just that (to evolve). Just like the dinosaurs before us, we'll become a history and fossils for the next ultimate being to study about us.

So, again, do we really need to save the world when what we really need is actually to adapt with the new surroundings? Does it really matter to save a little bit of energy and avoid a little bit of waste just so that the earth get a little bit of breathing space just for the rich and whoever who already destroying the world get all the money and fun from it to continue to get just that for a bit longer? For whatever sacrifice did the environmentalist has done and will do, does it really for the benefit of the more-appreciate future generation, or for the next generation to still have something to destroy to?

I think we should let the world be. If we deserved the world, than we'll evolved for sure. If we doesn't, then I rather we 'go out' big rather than sacrificing all the potential and still facing the end of world anyways...



So, stop asking me to stop using the plastic bag, because I'm gonna enjoy myself to one of the most excellent invention in human long history of civilization!!

Have a good day, lads.

Friday, May 25, 2012

These Are The Places That I Can Feel...





These are the places that I can feel, torn from my body, my flesh it peels. During this ride we can cut up what we like. Waiting alone I cannot resist, feeling this hate i have never missed. Please someone give me a reason to peel off my face

Blood it is pouring
Blood it is pouring
Blood it is pouring
Blood it is pouring



Shut up when I'm talking to you!

Thursday, May 24, 2012

Some Talents Are Not Meant To Be Shared...



Semalam aku dapat berita mengenai kereta kepada kawan kepada kawan kepada kawan aku hilang dekat Warta, Bangi... Giler lah, bahaya betul! Jaga-jaga semua kereta masing-masing, kadang-kadang kunci je tak cukup, ye tak?

Secara peribadi, aku letakkan black belt aku kat seat belakang sebagai salah satu sistem sekuriti tambahan, harap-harap pencuri boleh fikir 2,3 kali lah sebelum buat apa-apa...




Harap-haraplah....

Monday, May 14, 2012

Breaking News: Sir Alex Mendedahkan Kenapa Man Utd 'Gagal' Memenangi Sebarang Piala Musim Ini.


Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson hari ini mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai faktor-faktor Man Utd TIDAK MAHU memenangi sebarang piala tahun ini. Beliau dipetik berkata, "Seperti umum sedia maklum, Sheikh Mansoor di Manchester City telah membeli sebiji rak piala yang baru dan saya dengar agak luas dan tidak berhabuk. Sistem sekuritinya juga adalah tip top!"

Beliau menambah lagi, "Pada awal musim lalu, Man Utd telah melakukan pembelian beberapa pemain bagi mengisi posisi yang ditinggalkan beberapa pemain yang telah bersara seperti Van De Sar, Gary Neville dan Paul Scholes (yang akhirnya keluar dari persaraan). Disebabkan Glazer yang bangang, selepas melakukan pembelian ini, dia tidak meluluskan permohonan saya untuk membeli kabinet piala yang baru. Katanya perlu ada 'tempoh bertenang' untuk setiap pembelian..."


"Kabinet Piala yang lama sudah terlalu penuh, dan walaupun dijaga rapi, saya risau kabinet itu tidak mampu bertahan untuk sedekad lagi piala-piala yang bakal dimenangi MU. Untuk itu, setelah melakukan perbincangan dengan Michael Owen dan Dimitar, kami bersetuju untuk menyimpan dahulu piala-piala musim ini di beberapa tempat terpilih yang mempunyai ruang lebihan serta sekuriti kabinet piala yang tinggi seperti London (Piala FA), City of Manchester (EPL) serta Munich (Champions League). Sistem sekuriti yang tinggi adalah penting kerana ia diperlukan bagi menjaga Piala-Piala ini sehingga kabinet baru yang ditempah khas siap menjelang musim depan..."

Ditanya mengenai Piala Liga Carling pula, SAF dipetik berkata, "Setelah sekian lama peminat Liverpool menggelarkan piala tersebut dengan nama piala Mickey Mouse, saya kira mereka patut menyimpannya kerana tak silap saya di sana akan diadakan satu lagi Disney Land... Mungkin Mickey Mouse mahu melihat pialanya di situ..."

SAF juga menambah, " Saya agak kasihan kepada Arsenal. Hajatnya kami mahu memberikan satu piala untuk disimpan di sana, tapi Wenger menegaskan yang beliau telah pun menjualkan kabinet pialanya kepada Barcelona bersama-sama Cesc kerana Xavi mendakwa yang ia juga mempunyai DNA Barca."

Sementara itu, dalam perkembangan terkini, Arsene Wenger didapati cuba membida kembali kabinet tersebut setelah menyedari yang kabinet piala tidak mempunyai DNA... - Pewters

Monday, May 7, 2012

Like Flying Dagger Up to Heaven!

Manchester United hampir pasti trophyless musim ini. Terkeluar dari saingan Liga Juara-Juara Eropah pada peringkat kumpulan kepada FC Basel. Terkeluar daripada saingan Piala Carling kepada Crystal Palace dan akhirnya terkeluar juga daripada saingan Piala Europa kepada Athletico Bilbao...

Cakap-cakap yang biasa di dengar di media arus perdana dan arus tak-berapa-nak perdana mengatakan Man Utd adalah pasukan yang sedang merosot. Hutang yang banyak yang 'dibekalkan' oleh Glazer, pemilik Man Utd menyebabkan pasukan ini gagal untuk bersaing di pasaran pemain-pemain baru, apatah lagi dengan Manchester City, Real Madrid, Barcelona dan Chelsea mempunyai kuasa beli yang tampak tidak terhad dengan 'sugar daddy' masing-masing.

Dengan skuad bernilai £332 juta, Manchester City hampir pasti membawa pulang Piala Kejuaraan Liga buat pertama kali selepas 1968, dan Piala EPL pertama kelab tersebut sejak bermulanya format baru kejohanan pada 1992. Tetapi, apa yang menakjubkan ialah, pasukan ini juga terkeluar daripada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (walaupun dengan kumpulan yang lebih kuat secara relatifnya daripada Man Utd), terkeluar daripada saingan Piala Liga kepada Liverpool dan daripada saingan Piala FA kepada Man Utd di laman sendiri, selain tewas kepada Sporting Lisbon dalam Piala Europa.

Kemenangan Liga pertama City juga kebarangkaliannya dicapai melalui perbezaan gol andai kedua-dua pasukan mengutip mata yang sama pada hari akhir saingan. 

Bandingkan dengan skuad bernilai £250 juta Manchester United, anda akan lihat bahawa pencapaian City tidaklah terlalu menakjubkan berbanding jumlah perbelanjaan mereka. Dan ini diambil kira lepas lebih £50 juta pada skuad Man Utd adalah daripada pembelian Rio Ferdinand (2002) dan Wayne Rooney (2004). £30 juta lagi adalah daripada pembelian Dimitar Berbatov yang lebih banyak menghabiskan masa di bangku simpanan.

Walaupun statistik nilai skuad ini adalah berdasarkan kepada skuad 25 pemain yang didaftarkan untuk saingan liga sahaja, dan Man Utd mendapat banyak faedah daripada pembelian percuma (Michael Owen, Paul Scholes dan pemain-pemain daripada akademi seperti Tom Cleverley, Danny Welbeck, Darren Fletcher dan Ryan Giggs), namun jelas perbezaan kualiti dari segi prestij, scout dan penghasilan pemain muda oleh Manchester United berbanding jirannya 'yang bising', telah menjadikan pasukan ini sentiasa kekal relevan dan kompetitif dalam mana-mana saingan bola sepak professional.

Kegagalan Man Utd untuk memenangi sebarang piala adalah satu fenomena yang jarang-jarang berlaku sejak era Premier League, iaitu kali terakhir adalah pada tahun 2005 (pada tahun yang sama, Man Utd juga terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara pada peringkat kumpulan). Ia juga berlaku pada tahun 1995, 1998 dan 2002. Namun, jika ada kelab yang mampu bangkit dari abu bagaikan Pheonix, itu adalah Man Utd. Bahkan ia berada di dalam DNA Man Utd itu sendiri. Sejak tragedi Munich, bahkan sebelumnya lagi, iaitu pada saat-saat akhir kelab Newton Heath, pembentukan kelab baharu daripada rangka lama Newton Heath ialah Manchester United!

Melihat kepada trend musim trophyless yang dialami Man Utd, dapat dilihat ia biasa berlaku sebelum atau selepas kejohanan utama antarabangsa (1995 - selepas World Cup 1994, 1998 - sebelum World Cup 98, 2002 - sebelum World Cup 2002 dan 2005 -sebelum World Cup 2006). Terdapat beberapa teori yang boleh diberikan mengapa trend ini terjadi dan mungkin akan diterangkan pada artikel lain menjelang Euro 2012, Jun nanti.

Apa yang perlu difokuskan adalah era kebangkitan Man Utd. Kali terakhir Man Utd ketandusan piala dalam satu tahun, iaitu 2005, mereka bangkit dengan memenangi Liga buat pertama kali selepas 3 tahun, dan memenanginya kembali untuk 3 tahun berturut-turut selepas itu. Di samping itu juga, mereka berjaya memenangi Liga Juara-Juara Eropah buat kali kedua bagi Sir Alex dan kali ke-3 dalam sejarah kelab. Rekod lain yang boleh disifatkan sebagai membanggakan juga adalah memenangi piala FIFA Club World Cup di Jepun (2009), Kejuaraan Liga kali ke-19 dan sekali gus memegang rekod British, dan kejayaan ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah sebanyak 3 kali dalam 4 musim (menang satu melawan Chelsea, dan tewas 2 kepada Barcelona)!

Justeru, persoalan kembali kepada, adakah benar pasukan ini berada di ambang kemerosotan? Adakah benar bahawa Man Utd akan selamanya dibayangi oleh kehebatan skuad dan kuasa beli Man City bermula daripada musim ini dan seterusnya? Seseorang individu itu bolehlah melihat tidak jauh daripada sejarah 2002 dan 2005 apabila ketika itu, munculnya Revolusi Biru kendalian Roman Abramovic, membawa jutaan pound duit minyak dan beberapa pemain terkemuka dunia ke London! Mereka mampu mengambil alih Liga Perdana Inggeris ketika itu bagaikan ribut taufan menyapu kawasan yang dilalui mereka! Mengganas dan menggila! Hinggakan pasukan "The Invincibles" Arsene Wenger pun terpaksa tunduk kepada kehebatan 'emas' Abramovic...

Ketika itu, skuad kendalian SAF juga dikriitk teruk!

Antara kritikannya adalah ketidakmampuan Man Utd untuk bersaing di pasaran pemain seperti Chelsea, pemain-pemain baru dan muda yang dibeli adalah tidak mampu memenuhi potensi mereka, seperti Cristiano Ronaldo (ah... the good old days) dan Wayne Rooney. Kehilangan tonggak-tonggak veteran bertaraf legenda hidup seperti Roy Keane dan David Beckham, serta dikatakan sudah kehilangan taring dalam melakukan taktik-taktik yang tidak dapat dijangkakan dan dikira lapuk dalam era permainan moden.

Semua itu telah mampu dijawab SAF dengan ketukan ke muka pengkritik-pengkritiknya!

Persoalannya, adakah pisang akan berbuah dua kali? Jika United mampu mengharungi ujian dan cabaran era Revolusi Biru dengan jayanya, adakah era Bulan Biru Sheikh Mansoor mampu diharungi denagan nada yang sama? Semua ini bakal terjawab dalam satu atau dua musim lagi, kita hanya mampu tunggu dan lihat...

Namun, tidak keterlaluan jika aku nyatakan, "Expect the unexpected..." atau, jika sejarah dijadikan ukuran, "Expect the expected, United to bounce back... AGAIN!"


*****

Now, to laugh at all the other opponent...

Seorang peminat Chelsea dengan penuh haknya mentertawakan aku apabila Man United hampir pasti tidak berpiala musim ini dengan Chelsea pula berpeluang melakukan double jika memenangi Liga Juara-Juara di Munich kelak (eleh, lawan Liverpool pun buat macam lawan Barcelona, ada hati nak kalahkan Bayern dekat Munich :p). Namun, untuk seorang lagi peminat Liverpool, dengan secara 'kayanya' (rich), lagak tipikal the Kops, menganggap bahawa Man Utd akan terus merosot hingga relegate, maka aku lampirkan beberapa keputusan semasa (baca: musim ini) antara Man Utd dengan top 4 (in term of popularity, not league table)



Man Utd vs Arsenal 
8-2, 2-1
Man Utd vs Chelsea 
3-1, 3-3
Man Utd vs Liverpool 
1-1, 1-2, 2-1
Man Utd vs Tottenham 
3-0, 3-1


Dengan kata lain, sebelum Man Utd direlegasikan ke Championship, pasukan-pasukan inilah terlebih dahulu akan direlegasikan, ataupun, fair to say, peluang mereka kena relegate adalah lebih besar daripada the current Man Utd squad, you know, the one which every body else said is in decline... 






T/t: Since Bayern is palying at home for Champions League Final, could Chelsea win the match by away goal rules? :p